Akhirnya, dapat juga beli laptop baru. Selepas laptop HP lama tu asyik sangat problem. Lebih 5 kali juga keluar masuk kedai laptop sebab nak repair. Mungkin sebab dah takde chemistry kot. Tapi sayang jugak tu nak jual sebabnya RAM 6GB kot. Nak taknak jual jugak lah. Sebab laptop ni nak pakai lama kan. Kalau sayang pun, takkan sampai ke tua nak pakai benda sama je. Kena lah upgrade. Oleh itu, Wan pun beli lah laptop baru.
Ni lah laptop baru tu, Acer Aspire E 14. Masa tu cuti semester, so cuti sebulan. Nak cari laptop baru ni dekat 2 minggu jugak lah survey. Paling teruk tu, kalau nak order, kena tunggu sebulan sebab time tu nak cuti Raya Cina dah, then ambil masa 2 minggu baru barang sampai. Lama gila. So, kena beli laptop yang memang ready stock. Sebulan tak sempat, sebab masa tu Wan dah nak naik semester baru, baru nak beli. So, ini jela yang dapat sambar, itu pun puas hati jugak lah. Tapi RAM 4GB pulak. Takpe, akan ku upgrade nanti. In shaa Allah.
Lepas dah ada laptop baru, maka naik lah semester baru. Tiba-tiba ada problem pulak, roommate Wan, Shahir dah bawak printer pulak. Tapi bila fikir balik, takkan asyik nak guna printer orang je. Lagi pun Wan kena beli printer sendiri, banyak kot benda nak print. So, Wan decide beli printer baru. Lagi pun banyak nak print, kegunaan company. Print itu, print ni. Invoice lah, Dokumen delivery lah, macam-macam lah.
So, inilah dia printer yang Wan beli, EPSON L360 dengan tangki dakwat diluar. Ink murah lah kiranya, tapi harga printer mahal sikit. 1 botol ink 1 warna RM 30. 1 botol ink hitam boleh print sampai 4,500 pages, kalau printer lain tu, compare lah sendiri. Buat masa ni Wan dah print banyak, tapi macam tak luak je lagi. Alhamdulillah, bagus lah. In shaa Allah dapat jimat banyak.
Apa-apa pun, kalau nak beli, harga boleh refer Lazada. Haa, nak bagitau yang printer ni Wan beli kat Lazada. Ada cerita nya. Mula-mula Wan dah cari printer Epson ni yang paling murah, dah jumpa dah, siap tambah kat 'Wishlist' lagi. Then, keesokkan nya ke atau lusa, tengok-tengok dah habis. Bapak cepat habis. Then, tak boleh tunggu lagi. Wan cari harga yang paling murah masa tu, terus beli on the spot. Ta-daaaa. Menyesal juga lah masa tu. Tapi takpa lah, nak buat macam mana. Masa tak boleh di putar kembali.
P/S: Sekian
No comments:
Post a Comment